Pages

Sunday, March 17, 2013

AWAS MUSLIMAH! 13 AURATMU YANG WAJIB DIJAGA....

Untuk dikongsi bersama..... 

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

From ukhti Syuhada.


Saturday, February 2, 2013

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP KEDUA IBU BAPA


1. Apabila keduanya memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.
2. Anak dilarang memanggil kedua ibu bapanya dengan penggilan nama.
3. Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran yang mulia.
4. Anak mestilah berbicara dengan lemah lembut terhadap keduanya, jangan sesekali mengkasarinya atau
    berlaku biadap.
5. Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan keduanya.
6. Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak harus melaksanakannya dengan penuh taat
    selama suruhan itu tidak berupa maksiat.  Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan
    penuh rasa hormat dan meminta maaf.
7. Bila berjalan bersama mereka maka anak harus berada di belakangnya.
8. Bila keduanya memerlukan layanan maka anak harus melayaninya dengan penuh rasa hormat walaupun
    kadang kala ibu bapa tidak berlaku adil diantara anak-anaknya.
9. Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan keduanya dan cuba untuk menggembirakan hati mereka.
10. Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana sahaja maka beritahulah keduanya dan mintalah izin.
11. Jangan memasuki bilik tidur kedua orang tua kita sebelum meminta izin terlebih dahulu.
12. Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita maka terimalah ini sebagai satu hukuman dan jangan
      menunjukan sifat kebencian atau marah kita kepada keduanya.  Menahan diri dengan berdoa dan sabar
      adalah lebih baik.
13. Bila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus memnyediakan sekadar kemampuan.
14. Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka anak harus memberinya sekadar kemampuan.
15. Setiap kali anda membuatkan mereka merasa sedih atau dukacita maka segeralah menyesal diatas
      keterlanjuran tersebut serta segera memohon kemaafan.
16. Jika anda sedang solat sunat tiba-tiba keduanya memanggil maka berhentilah dari solat dan sahutlah
      seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting.
17. Anak mestilah rela terhadap keduanya sebagaimana ia merasa rela terhadap dirinya sendiri.
18. Jangan terlalu melebihkan isteri/suami dari kedua orang tua.
19. Setiap kali berdoa anak mestilah mendoakan akan keampunan Allah terhadap kedua ibu bapanya dan
      berusahalah dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan sendiri.
20. Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah
      hutang piutang yang masih ada dan berbuat baik serta hormatilah terhadap sahabat-sahabat keduanya.
21. Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka tunaikanlah wasiat itu mengikut kemampuan anda.


-FOR EVERYONE-



Wednesday, January 16, 2013

"Aku Terima Nikahnya.."




Hakikatnya, inilah maksud nikah yang sebenar. Buat lelaki-lelaki yang bakal bergelar suami, anda akan menerima ‘saham’ dari amal isteri anda, sama ada amal baik atau buruk. Jika baik amal isterimu, maka pahala dan syurga adalah ganjaran untukmu. Namun, seandainya buruk amal isterimu, maka dosa dan neraka adalah ganjaran paling layak buatmu. Lihat, betapa beratnya tugas yang dipikul oleh seorang lelaki bernama suami. Perlu mendidik dan membimbing bukan sahaja isteri, bahkan ahli keluarga yang lain juga agar sentiasa berada di atas jalan yang Allah redha untuk menuju ke syurga Allah SWT. Sepertimana firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

-Surah at-Tahrim ayat 6-

Walau bagaimanapun, diri ini agak kecewa apabila ada insan yang memberikan respons yang agak tidak membina setelah membaca petikan definisi nikah tersebut.

“seram ni... tak jadi kahwin la macam ni...”

        Seharusnya, kata-kata dalam petikan tersebut membakar semangat untuk memperbaiki diri ke arah yang diredhai Allah dan berusaha memilih bakal isteri yang baik dan solehah. Solehah tidak semestinya bertudung labuh atau berniqab. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, seorang wanita yang terpelihara auratnya dan berakhlak baik walaupun tidak bertudung labuh dan tidak berniqab sebenarnya sudah terkategori dalam ciri-ciri wanita solehah. Cuma perlu digilap lagi agar menjadi lebih baik dan sentiasa memelihara aurat secara istiqamah serta menjaga maruah diri. Seandainya si suami mahu isteri bertudung labuh, suami perlu menyatakan hasratnya dan memberi dorongan kepada isteri untuk berubah ke arah yang lebih baik dari semasa ke semasa. Permintaan suami yang sebegitu sebenarnya sudah terkategori dalam pentarbiyahan isteri ke arah yang Allah redha. Tidak mengapalah. Mungkin dia masih dalam usaha mengislah diri. Berbaik sangka itu perlu dalam dunia dakwah dan tarbiyah. Moga Allah meniupkan ruh hidayah ke hati individu-individu yang berfikiran sedemikian agar memahami konteks Islah diri yang sebenar dan memahami mesej yang ingin disampaikan di dalam petikan tersebut. ^_^

         Dalam menuju ke arah keredhaan Allah, kita perlu sentiasa berusaha mengislah dan mengkoreksi diri, tidak kira lelaki mahupun wanita. Kita perlu sentiasa menampal lubang kecacatan yang ada pada diri agar ruh dan cahaya mahmudah sentiasa memenuhi ruang hidup kita untuk menjadi insan yang Kamil. Jadi, pelaksanaan Islam dalam diri dan hidup seorang muslim perlu dilaksanakan secara holistik(menyeluruh). Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman. Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh. Janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Kerana sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagimu.”

-Surah al-Baqarah ayat 208-

Ya! Melaksanakan Islam perlu menyeluruh dan kita sebagai hamba perlu menelusuri kelemahan diri dari segenap aspek agar kelemahan-kelemahan tersebut dapat kita tampal dengan nilai-nilai Islam yang sarat dengan mesej-mesej dakwah yang akan disampaikan kepada umat manusia yang lain, sama ada melalui perbuatan, percakapan atau penampilan seseorang. Equilibrium(keseimbangan) nilai-nilai Islam dalam diri individu muslim perlu sentiasa dijaga demi memastikan Islam sentiasa hidup dalam diri dan jiwa umat Islam. Hal ini kerana nilai-nilai Islam yang terkandung dalam diri seseorang secara tidak langsung mengislah diri manusia lain yang berada di sekelilingnya untuk berubah dan belajar menjadi muslim yang mukmin.

         Oleh itu, buat bakal-bakal suami di luar sana, berusahalah mulai dari sekarang untuk belajar menjadi muslim yang berakhlak mulia dan berusaha menambah ilmu agama di dada sebagai bekalan di alam bahtera rumahtangga untuk mendidik diri, isteri dan anak-anakmu nanti, dan juga sebagai bekalan di alam akhirat nanti. Seandainya hati masih berat untuk menuju ke arah pengislahan diri dan pemantapan ilmu agama, maka berdoalah dari sekarang agar Allah mengurniakan hidayah & kekuatan untuk mengislah diri ke arah yang lebih baik. Ingatlah wahai para lelaki yang bakal atau sedang memegang title suami, tugas dan tanggungjawabmu sebagai suami dan ayah amat berat kerana segala amal perbuatan isteri dan anak-anakmu akan dihisab di Hari Perhitungan nanti. Jika amalan mereka baik, maka syurga menantimu. Tetapi, jika amalan mereka buruk, maka nerakalah bagimu dan pada ketika itu, menyesal sehingga mengeluarkan airmata darah sekalipun sudah tiada gunanya.

Wallahu a’lam.

-Together To Jannah! ^_^-