Pages

Wednesday, October 31, 2012

Hadapi Dengan Senyuman


     

Satu soalan yang sering bermain dibenak fikiran kita tatkala diuji dan ditimpakan musibah...
Yela kan kadang2 kita ditimpa pelbagai ujian, masah, musibah 
atau
 dengan erti kata lain perkara yang kita selalu tanya kenapa jadi kepada aku..bukan orang lain...
Saat itulah hati kita akan mula meronta2 , merintih , bersungut, mengeluh dan kadang2 pasti terdetik dekat hati 

"KENAPA AKU DIUJI SEHEBAT INI "
 "KENAPA AKU BUKAN ORANG LAIN..."
''KENAPA AKU DAN AKU.."
Dan macam2 lagi soalan yg akan timbul..pasti timbul walaupun sikit kan...hmm..
Adakah kerana itu adalah sebagai balasan dosa yang kita lakukan atau itu sekadar satu ujian untuk menguji kekuatan diri kita ? Tepuk dada, tanya diri masing-masing. Hanya kita yang tahu jawapannya..


Ujian datang adalah untuk menyedarkan diri yang terleka
ujian juga datang adalah untuk mendekatkan diri kita kepadaNya
ujian juga datang aalah untuk membalas dosa dan kesilapan kita selama hidup di dunia...
Kadang2 bila dilihat dari sudut luarannya, ujian ni adalah masalah
ujian ni adalah kesusahan yang melampau
bila difikir secara logik akal...
ujian ini sebenarnya menjadikan kita lebih baik dari sebelum ni....
ia seolah0olah menyedarkan diri kita sebelum kita hanyut dibawa arus dunia..
ia seolah2 nak ketuk pintu hati kita supaya xjauh dari Yang Maha Esa...
sebab kebiasaan manusia...termasuklah aku sendiri...
bila susah..bila nak mintak perolongan Allah..
barulah nak cari tuhan kan...ALLAHUAKHBAR!!!


KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN???
Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal dia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu membenci sesuatu sedangkan ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui...
SURAH AL-BAQARAH:216

KENAPA UJIAN SEHEBAT INI???
Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sapa yang terdaya olehnya..
SURAH AL-BAQARAH:286
Macam tu la juga dalam kehidupan...
tidaklah dia dikatakan beriman sebagai seorang yang beriman selagi tidak diuji...
Kalau dalam keadaan biasa...
semua orang boleh mengaku dia orang yang beriman kepada Allah,
tapi...bila datangnya ujian...baru tahu siapa yang sebenarnya beriman atau tidak....
Anggaplah ujian itu sebagai benda yang positif yang boleh membina kita...
HADAPILAH DENGAN SENYUMAN..
tersenyumlah walaupun ianya sangat menyakitkan kerana senyuman yang paling manisadalah ketika mana seseorang itu berada dalam kesukaran masih mampu mengukir senyuman...

Life is test...the one who kneels to Allah (Taala) can stand up to anything. Hidup tidak selamanya indah..dan tidak selamanya menongkah langit..dan tidak selamanya langit itu mendung,penuh dengan awan...hidup ibarat roda,tak selamanya berada di atas dan tak selamanya berada di bawah. 

p/s:anggaplah ujian itu sebagai salah satu slot dalam kehidupan..kalau x..xdipanggil LIFE la kan..
jika kita sering diuji  dengan kegagalan, kekecewaan dan sebagainya...anggaplah semua itu bukan cahaya kegelapan ...dan meneruskan kehidupan lebih utama...PELBAGAI keadaan boleh belaku pada setiap individu bergantung kpd realiti kehidupan masing2..wlau bgaimnpun sekali pun kita diuji cubalah sentiasa bersgka baik pd Allah..BE STRONG KAWAN!!!

By:NurCahaya 

No comments:

Post a Comment