Pages

Saturday, October 27, 2012

Cenape Titew Ditiptakan

"ok..ustazah nak tanya..kenapa kita diciptakan atas dunia ni.."

bangunlah seorang kanak-kanak comel yang berada di darjah 5 sebuah sekolah rendah agama..

"..kita diciptakan untuk ibadah pada Allah ustazah.."

berdasarkan ayat ini..

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” 
(QS. Adz-Dzariyat : 56).

kita terus TAHU kenapa kita diciptakan..

"..alhamdulillah..pandai anak ustazah ni..ok bagi contoh ibadah.."

"solat zohor ustazah..!"
"puasa ustazah..!"
"buat haji ustazah..!"
"solat asar ustazah..!"

suasana kecoh seketika di dalam kelas kecil itu yang ditepinya penjual "kuih manja" menanti waktu 
kepulangan anak-anak sumber rezekinya..


"ok-ok..semua betul..dah3..semua anak ustazah pandai.."
kelas kembali aman tenteram bak taman..
tiba-tiba..

"..ustazah..saya nak bagi jawapan jugak..tadi tak sempat nak bagi..semua orang dah bagi.."
(sambil mata merah nak menangis sebab tak sempat bagi jawapan)


"ok2..apa jawapan kamu Mus'ab.."
"solat dengan mayat ustazah..betol tak..?"

ustazah terdiam seketika dalam 5-10 saat jugak la..
"ha...betol2..pandai..tapi bukan solat dengan mayat..solat jenazah la mus'ab"

"heee.."
(tersenyum lebar budak comel itu..sambil mengelap matanya yang hampir terkeluar titisan airmata..biasalah kanak-kanak amat suka diri mereka diperhatikan dan disayangi..itulah kelembutan yang ada dalam diri kanak-kanak..)

itulah hakikat IBADAH yang kita TAHU..
akan tetapi..IBADAH yang sebab utama kita diciptakan..
bukan semata-mata apa yang ketika kita semua comel dulu faham..

"..Begitu juga dengan
ibadah-ibadah dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji
serta amalan-amalan lainnya yang dilaksanakan untuk mendapat keredaan Ilahi
dan dalam mengamalkan Syariat-Nya adalah termasuk dalam pengertian
'ibadah.." (Fathi Yakan )

yeap..amalan kita hidup atas dunia-dunia..
segalanya adalah kerana kita nak 
REDHA ALLAH

hidup tak bermakna sahabat-sahabat tanpa redha Allah..
kerana..

(sambungan ayat surah diatas)
"..Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki
pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan
kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian
makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga,
lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.."
(az-zhariat 57-58)

itulah hakikat kehidupan kita sebagai hamba..
Allah tidak memerlukan kita..akan tetapi..
KITA YANG MEMERLUKAN ALLAH..

tidak cukup dengan hanya..
"aku solat 5 waktu.."
"aku berpuasa.."
"aku pergi haji.."
"aku bayar zakat.."

tapi melakukan perkara yang Allah tak Love it..
bila Allah tak love it..
maka tiada REDHA buat kita..

maka jadilah kita..
JASAD YANG BERNAFAS NAMUN TIADA FUNGSI..
sama
seperti..
LEMBU
(ustaz azhar idrus kata..)

Khulasah Akhir..
T2J 


Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 

(Surah Al-An'am 6: Ayat 162)

by: 
BKman

No comments:

Post a Comment