Pages

Sunday, March 17, 2013

AWAS MUSLIMAH! 13 AURATMU YANG WAJIB DIJAGA....

Untuk dikongsi bersama..... 

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

From ukhti Syuhada.


Saturday, February 2, 2013

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP KEDUA IBU BAPA


1. Apabila keduanya memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.
2. Anak dilarang memanggil kedua ibu bapanya dengan penggilan nama.
3. Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran yang mulia.
4. Anak mestilah berbicara dengan lemah lembut terhadap keduanya, jangan sesekali mengkasarinya atau
    berlaku biadap.
5. Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan keduanya.
6. Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak harus melaksanakannya dengan penuh taat
    selama suruhan itu tidak berupa maksiat.  Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan
    penuh rasa hormat dan meminta maaf.
7. Bila berjalan bersama mereka maka anak harus berada di belakangnya.
8. Bila keduanya memerlukan layanan maka anak harus melayaninya dengan penuh rasa hormat walaupun
    kadang kala ibu bapa tidak berlaku adil diantara anak-anaknya.
9. Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan keduanya dan cuba untuk menggembirakan hati mereka.
10. Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana sahaja maka beritahulah keduanya dan mintalah izin.
11. Jangan memasuki bilik tidur kedua orang tua kita sebelum meminta izin terlebih dahulu.
12. Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita maka terimalah ini sebagai satu hukuman dan jangan
      menunjukan sifat kebencian atau marah kita kepada keduanya.  Menahan diri dengan berdoa dan sabar
      adalah lebih baik.
13. Bila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus memnyediakan sekadar kemampuan.
14. Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka anak harus memberinya sekadar kemampuan.
15. Setiap kali anda membuatkan mereka merasa sedih atau dukacita maka segeralah menyesal diatas
      keterlanjuran tersebut serta segera memohon kemaafan.
16. Jika anda sedang solat sunat tiba-tiba keduanya memanggil maka berhentilah dari solat dan sahutlah
      seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting.
17. Anak mestilah rela terhadap keduanya sebagaimana ia merasa rela terhadap dirinya sendiri.
18. Jangan terlalu melebihkan isteri/suami dari kedua orang tua.
19. Setiap kali berdoa anak mestilah mendoakan akan keampunan Allah terhadap kedua ibu bapanya dan
      berusahalah dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan sendiri.
20. Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah
      hutang piutang yang masih ada dan berbuat baik serta hormatilah terhadap sahabat-sahabat keduanya.
21. Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka tunaikanlah wasiat itu mengikut kemampuan anda.


-FOR EVERYONE-



Wednesday, January 16, 2013

"Aku Terima Nikahnya.."




Hakikatnya, inilah maksud nikah yang sebenar. Buat lelaki-lelaki yang bakal bergelar suami, anda akan menerima ‘saham’ dari amal isteri anda, sama ada amal baik atau buruk. Jika baik amal isterimu, maka pahala dan syurga adalah ganjaran untukmu. Namun, seandainya buruk amal isterimu, maka dosa dan neraka adalah ganjaran paling layak buatmu. Lihat, betapa beratnya tugas yang dipikul oleh seorang lelaki bernama suami. Perlu mendidik dan membimbing bukan sahaja isteri, bahkan ahli keluarga yang lain juga agar sentiasa berada di atas jalan yang Allah redha untuk menuju ke syurga Allah SWT. Sepertimana firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

-Surah at-Tahrim ayat 6-

Walau bagaimanapun, diri ini agak kecewa apabila ada insan yang memberikan respons yang agak tidak membina setelah membaca petikan definisi nikah tersebut.

“seram ni... tak jadi kahwin la macam ni...”

        Seharusnya, kata-kata dalam petikan tersebut membakar semangat untuk memperbaiki diri ke arah yang diredhai Allah dan berusaha memilih bakal isteri yang baik dan solehah. Solehah tidak semestinya bertudung labuh atau berniqab. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, seorang wanita yang terpelihara auratnya dan berakhlak baik walaupun tidak bertudung labuh dan tidak berniqab sebenarnya sudah terkategori dalam ciri-ciri wanita solehah. Cuma perlu digilap lagi agar menjadi lebih baik dan sentiasa memelihara aurat secara istiqamah serta menjaga maruah diri. Seandainya si suami mahu isteri bertudung labuh, suami perlu menyatakan hasratnya dan memberi dorongan kepada isteri untuk berubah ke arah yang lebih baik dari semasa ke semasa. Permintaan suami yang sebegitu sebenarnya sudah terkategori dalam pentarbiyahan isteri ke arah yang Allah redha. Tidak mengapalah. Mungkin dia masih dalam usaha mengislah diri. Berbaik sangka itu perlu dalam dunia dakwah dan tarbiyah. Moga Allah meniupkan ruh hidayah ke hati individu-individu yang berfikiran sedemikian agar memahami konteks Islah diri yang sebenar dan memahami mesej yang ingin disampaikan di dalam petikan tersebut. ^_^

         Dalam menuju ke arah keredhaan Allah, kita perlu sentiasa berusaha mengislah dan mengkoreksi diri, tidak kira lelaki mahupun wanita. Kita perlu sentiasa menampal lubang kecacatan yang ada pada diri agar ruh dan cahaya mahmudah sentiasa memenuhi ruang hidup kita untuk menjadi insan yang Kamil. Jadi, pelaksanaan Islam dalam diri dan hidup seorang muslim perlu dilaksanakan secara holistik(menyeluruh). Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman. Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh. Janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Kerana sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagimu.”

-Surah al-Baqarah ayat 208-

Ya! Melaksanakan Islam perlu menyeluruh dan kita sebagai hamba perlu menelusuri kelemahan diri dari segenap aspek agar kelemahan-kelemahan tersebut dapat kita tampal dengan nilai-nilai Islam yang sarat dengan mesej-mesej dakwah yang akan disampaikan kepada umat manusia yang lain, sama ada melalui perbuatan, percakapan atau penampilan seseorang. Equilibrium(keseimbangan) nilai-nilai Islam dalam diri individu muslim perlu sentiasa dijaga demi memastikan Islam sentiasa hidup dalam diri dan jiwa umat Islam. Hal ini kerana nilai-nilai Islam yang terkandung dalam diri seseorang secara tidak langsung mengislah diri manusia lain yang berada di sekelilingnya untuk berubah dan belajar menjadi muslim yang mukmin.

         Oleh itu, buat bakal-bakal suami di luar sana, berusahalah mulai dari sekarang untuk belajar menjadi muslim yang berakhlak mulia dan berusaha menambah ilmu agama di dada sebagai bekalan di alam bahtera rumahtangga untuk mendidik diri, isteri dan anak-anakmu nanti, dan juga sebagai bekalan di alam akhirat nanti. Seandainya hati masih berat untuk menuju ke arah pengislahan diri dan pemantapan ilmu agama, maka berdoalah dari sekarang agar Allah mengurniakan hidayah & kekuatan untuk mengislah diri ke arah yang lebih baik. Ingatlah wahai para lelaki yang bakal atau sedang memegang title suami, tugas dan tanggungjawabmu sebagai suami dan ayah amat berat kerana segala amal perbuatan isteri dan anak-anakmu akan dihisab di Hari Perhitungan nanti. Jika amalan mereka baik, maka syurga menantimu. Tetapi, jika amalan mereka buruk, maka nerakalah bagimu dan pada ketika itu, menyesal sehingga mengeluarkan airmata darah sekalipun sudah tiada gunanya.

Wallahu a’lam.

-Together To Jannah! ^_^-

Wednesday, December 5, 2012

boleh kita couple?


Boleh kita COUPLE..??
Boleh..tapi Ada 3 Syarat..

Boleh awak nk bercinta sekarang..tapi syarat pertamanya..
Cinta Awak pada Allah dah sempurna dan cinta saya tak melebihi darinya..dah?
DAH..!!
Kalau dah melebihi dari saya..buat apa lagi cinta saya..?tak cukup lagi ke cinta DIA..?
+_+

syarat kedua..
Awak Jamin cinta kita bebas dari sebarang dosa..??
JAMIN..!!
Macam mana awak nak jamin..sedangkan cinta awak pada DIA belum Sempurna..mampu ke iman awak tanpa cinta dariNYA..?
+_+

Syarat ke tiga..
dengan cinta kita ni..awak mampu untuk jadi suami/isteri saya yang soleh/solehah?
MAMPU..!!
Macam mana awak nk mampu jadi yang soleh..sedangkan cinta awak padanya belum sempurna..dah nk cari cinta lain..jaminan hubungan ini jauh dari dosa pown awak tak mampu nak laksanakan..macam mana awak nak jadi suami/isteri soleh..?
+_+

Amacam awak..?nak ke bercinta dengan saya?
XoX TIDAK..!!




HAKIKAT CINTA SEBELUM NIKAH.
ADALAH CINTA TANPA JAMINAN..!!

by:
Bkman.

Wednesday, October 31, 2012

Hadapi Dengan Senyuman


     

Satu soalan yang sering bermain dibenak fikiran kita tatkala diuji dan ditimpakan musibah...
Yela kan kadang2 kita ditimpa pelbagai ujian, masah, musibah 
atau
 dengan erti kata lain perkara yang kita selalu tanya kenapa jadi kepada aku..bukan orang lain...
Saat itulah hati kita akan mula meronta2 , merintih , bersungut, mengeluh dan kadang2 pasti terdetik dekat hati 

"KENAPA AKU DIUJI SEHEBAT INI "
 "KENAPA AKU BUKAN ORANG LAIN..."
''KENAPA AKU DAN AKU.."
Dan macam2 lagi soalan yg akan timbul..pasti timbul walaupun sikit kan...hmm..
Adakah kerana itu adalah sebagai balasan dosa yang kita lakukan atau itu sekadar satu ujian untuk menguji kekuatan diri kita ? Tepuk dada, tanya diri masing-masing. Hanya kita yang tahu jawapannya..


Ujian datang adalah untuk menyedarkan diri yang terleka
ujian juga datang adalah untuk mendekatkan diri kita kepadaNya
ujian juga datang aalah untuk membalas dosa dan kesilapan kita selama hidup di dunia...
Kadang2 bila dilihat dari sudut luarannya, ujian ni adalah masalah
ujian ni adalah kesusahan yang melampau
bila difikir secara logik akal...
ujian ini sebenarnya menjadikan kita lebih baik dari sebelum ni....
ia seolah0olah menyedarkan diri kita sebelum kita hanyut dibawa arus dunia..
ia seolah2 nak ketuk pintu hati kita supaya xjauh dari Yang Maha Esa...
sebab kebiasaan manusia...termasuklah aku sendiri...
bila susah..bila nak mintak perolongan Allah..
barulah nak cari tuhan kan...ALLAHUAKHBAR!!!


KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN???
Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal dia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu membenci sesuatu sedangkan ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui...
SURAH AL-BAQARAH:216

KENAPA UJIAN SEHEBAT INI???
Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sapa yang terdaya olehnya..
SURAH AL-BAQARAH:286
Macam tu la juga dalam kehidupan...
tidaklah dia dikatakan beriman sebagai seorang yang beriman selagi tidak diuji...
Kalau dalam keadaan biasa...
semua orang boleh mengaku dia orang yang beriman kepada Allah,
tapi...bila datangnya ujian...baru tahu siapa yang sebenarnya beriman atau tidak....
Anggaplah ujian itu sebagai benda yang positif yang boleh membina kita...
HADAPILAH DENGAN SENYUMAN..
tersenyumlah walaupun ianya sangat menyakitkan kerana senyuman yang paling manisadalah ketika mana seseorang itu berada dalam kesukaran masih mampu mengukir senyuman...

Life is test...the one who kneels to Allah (Taala) can stand up to anything. Hidup tidak selamanya indah..dan tidak selamanya menongkah langit..dan tidak selamanya langit itu mendung,penuh dengan awan...hidup ibarat roda,tak selamanya berada di atas dan tak selamanya berada di bawah. 

p/s:anggaplah ujian itu sebagai salah satu slot dalam kehidupan..kalau x..xdipanggil LIFE la kan..
jika kita sering diuji  dengan kegagalan, kekecewaan dan sebagainya...anggaplah semua itu bukan cahaya kegelapan ...dan meneruskan kehidupan lebih utama...PELBAGAI keadaan boleh belaku pada setiap individu bergantung kpd realiti kehidupan masing2..wlau bgaimnpun sekali pun kita diuji cubalah sentiasa bersgka baik pd Allah..BE STRONG KAWAN!!!

By:NurCahaya 

Tuesday, October 30, 2012

SAYA DAH BERTUNANG dan BAKAL MENIKAH


Salam mahabbah semua...apa khabar hari ni....apa khabar iman..apa khabar jasad....moga sekarang dan selama2nya...setiap detik kehidupan dimanfaatkan terhadap agama....sama2 kita ingat mengingati..INSYAALAHH ("_")

*********************************************************
saya telah bertunang...... wahai hati....... kuatkan diri.....

Hari2 berlalu seakan sudah bertahun lamanya, namun yg perlu aku akui isinya baru beberapa hari yg lalu sj....Berita itu aku sambut dgn penuh lapang dada...Betul,sangat berlapang dada...Terkadang, terasa kasih Ilahi begitu hampir saat kita benar2 berada di tebing,tnggu saat untuk menjunam jatuh ke dala gaung....Maha Suci Allah yg mngangkat aku mnjadi seorang yg lebih kuat...dan dapat melangkah dgn tabah....


Aku hanya seorang gadis biasa..Tiada kelebihan istimewa,x juga ada pnya keistimewaan yg dapat ditonjolkan..pnya skeping hati dan sepotong jiwa yg sama seperti insan lain yg menumpang di bumi Allah ini...aku jua punya sepasang telinga pinjaman...mata pinjaman...dan jasad yg telah bnyak berjasa di bumi Allah ini.....juga sama seperti insan lain....

Aku bukanlah seperti srikandi2 pejuang islam...yg selalu menginfakkan harta ke jalan Allah...bukan seperti srikandi islam Sayidatina Khadijah,dalam berbakti dan beribadat...bukan seperti Asma Abu Bakar,yang sanggup berkorban menemani ayahndanya dlam setiap langkah untuk menegakkan agma Islam...aku hanya insan biasa yg sedang mngembara di bumi Tuhan,jalan yg akan sama kita lalui..Negeri Barzakh...Destinasi yg sama dengan org lain..Tida syak baginya.

Sejak hari istimewa tersebut....ramai sahabat2 yg memuji...wajah aku ceria drpd selalu...mereka yakin benar ini adalah wajah org yg dah bertunang..tambahan aku memakai cincin di kedua tngan di jari manis...aku hnya mampu tersenyum..x mengiakan xmenidakkan...Diamku bukan untk membuka soalan2 yg lagi bnyak...tetapi diamku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu...Sebelum ini memg sahabat2 tahu dgn siapa aku berkwan..dan kepada insan itu..aku memohon maaf...ada 'org' lain yg terlebih dahulu masuk ke duniaku..lebih dari mu..anggap la jodoh antara kita tiada...dan aku berharap engkau boleh menerima knyataan dan khabran ini...secara redha dan berlapang ada...mgkin kau akan dihadiahi dgn permaisuri yg lebih berharga...INSYAALLAH ('_')


Emak bertanyakan kepada ku tntg soalan yg sewjarnya aku jawab dgn penuh sopan......
"Hari menikah nt nak pkai baju warna apa ya?"


aku menjawab tenang.....
"Warna putih la mak....Bersih...slelau wrna putih je kan....."


''Alhamdulilah,mak akan usahakan dalam tempoh terdekat..."

"Mak,4meter dah cukup untuk sepasang jubah...Jangan beli lebih2"
Mak angguk perlahan...melalui pergi...

Sayu,,,xlama nt aku akan meninggalkan rumah ini..kerana mengikut 'beliau'...mesti aku akan rindu mak....hmm

Beberapa hari ini,aku menyelak satu per satu..helaian demi helaian naskhah yg bgitu mnusuk sanubari aku sbg hamba Allah...MALAM PERTAMA.....Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yg bersarang ini..mau je menagis selemahnya...biarlah Allah jua yg menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut..Mudah2han aku dapat terus melangkah tanpa menoleh kebelakang lagi....mudah2han Ya Allah...


Sejak hari pertunangan itu,aku semakin bnyak mengulang mmbca Al-Quran...aku mahu sebelum tibanya hari yg aku nantikan,aku sudh khatam membaca Al-Quran...setidaknya..tidaklah hatiku akan teng sengan kalamullah yg sudah meresap masuk ke dalam tubuh...Mudh2an aku tenang....penawar aku adlah Al-Quran..yg setia menanti dalam resah aku mennti...Betul,aku sedg memujuk gelora hati...Rasa takut nak bernikah,mcm mana la org yg terlebih dhulu mnikah...huh


"Kak,siapa tunang akak?mesti hebat orangnya..Kacak x?"

Aku tersenyum....Maaf,aku masih mahu rahsiakan perkara itu...ckup mereka mmbuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang,,,kebenrannya antara aku dan keluarga...
"InsyaAllah.dia tiada rupa ttpi sangat mendekatkan diri akak dngn Allah...Itu yg paling utama"

Berita itu juga mmbuatkan bberapa org mnjauhiku.Kta mereka, aku sembunyikan sesuatu yg ptut dbgitahu...Aku tersenyum lagi...
"Jangan lupa jemput saya di hari penikahanya,jngn lupa taw!"
Aku hanya mmpu tersenyum...Apa yg aku zahirkan ialah snyuman dan terus tersenyum..Mereka mnganggap aku sedg bahagia apabila ditunangkan dengan dia yg mndekatkan diri aku dengan Allah...Sahabt2 merasakan khilanganku kerana aku bnyak mnghabiskan masaku dngan penawarku,Al-Quran...apa tidaknya,aku mahu kalamullah merespa agar ketenangan menyelinap dalam setiap derap nafas ku mannti hari itu....Rabbb


"Bila awak nak menikah?"
Aku tiada jawapan khusus...



"InsyaAllah kan tiba waktunya,awk akan tahu juga..."
         

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu,bukan aku sengaja merahsiakan...ttpi memg aku sndiri xtahu bila tarikhnya....
"Jemput orang taw!"
                             
Kata Nadia,sahabat sekuliah di UniSZA...

"Kalau kau xdtg pun saya xberkecil hati,doakan saya banayk2"....
Itu saja pesanku...aku juga xtahu kat mana mahu dilangsungkan pnikahnku,aduh semuanya mnjadi tnda tnya sendiri,,Diam dan terus berdiam....mmbuatkan ramai insan berkecil hati....

"InsyaAllah,kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsiaku adalah rahsia Allah...kerana itu,aku xmmapu membri tahu tarikhnya,hanya mampu aku menyiapkan diri sebaiknya...Untung aku dilamar dan bertunang dahulu tnpa nikah terkejut seperti org lain.......


Semuanya aku sedaya upyya siapakan....baju menikahnya,dan aku katakan sekali lagi kpd mak...
"Usah berlebihan ya....."

Mak angguk perlahan dan terus berlalu...hilang dari pandangan mata.....

"Jom makan..."
"Sila2,saya puasa..."("_")

Sahabat2 semakin kuat mengusik..
"Yelakan,diet nampak..maklumlah hari bahgia dah nak dekat..Tarikhnya xtetap lg ke?"

"Bukan diet,nak mngosongkan perut..Maaf,tarikhnya belum ditetapkan lagi....''

Sehingga kini aku tidak tahu bila tarikhnya..aku hnya mengikut..Maafkan aku sahabt, bersabarlah mennti hari tersebut..Aku juga menanti dgn penuh debaran...moga aku bersedia untuk hari penikah tersebut dan terus mengecap kbhagiann sepanjang alam 'berumahtangga' kelak....Doakan aku,itu sja....

*************************************

"inalillahi wainna illahi rajiun...."
"Tenangnya...Subhanallah,Allahuakhbar.."
''Ya Allah...tenangnya....''
''Moga Allah memberkatinya....''
Allah....satu suara sahabat2 ku,teman2 seperjuangan kepada mak......

Akhirnya,aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian..Sahabt ramai dtg ke majlisku walaupun aku sendiri tidak menjemput mereka....
Akhirnya, mereka mengetahui 'dia' yg aku rahsiakan dari pengetahuan mereka...
Akhirnya,mereka ketahui 'dia' yg buat aku dekat dgn Allah...
Akhirnya,mereka sma2 mengambil iktibar dari sudut siapa 'dia; yg bertunang dgnku.....

Dalm sedar tidak sedar....

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku....Sentiasa ada suara sayu yg menangis sayu di hujung malam....dalam rafa'nya pada Rabb..Sayup2 hatinya merintih...Airmatanya mengalir deras,hanya pada Allah yg satu..
"Ya allah,telah engkau tunangkan aku tidak lain denagn 'dia' yg mndekatkan aku dgn Engkau..Yg mnyedarkan aku untuk terus berpuasa,yg mnyedarkan aku tentang dunia...Engkau satukan kami dengan majlis yg engkau redhai...aku hambaMu yg xpunya apa2 selain Engkau...Engkau mnetahui apa yg aku tidak ketahui....

Akhirnya, Nadia bertanya kpd emak beberapa hari kemudian......

''Azizah bertunang dgn siapa,makcik?''
Emak tenang menjawab....
"Dengan kematian anakku..Kanser tulang yg mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak cepat pd tangan, kaki juga otaknya...Kta doktor,dy hnya punya bberpa mnggu sj sebelum kansernya membunuh...
''Allahuakbar...."

Terduduk Nadia mendengar ,,air matanya tak mmpu ditahan...


"Buku yg sering dibacanya itu...Malam pertama....?"

Emak angguk,tersenyum lembut....
..''Ini nak,bukunya.....''
Naskhah buku bertukar tangan,karangan Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertam di Alam Kubur'.....

''Ya Allah,patut dia selalu menagis....Nadia xtahu makcik"
''Dan sejak hari 'khitbah' itu,selalu dia berpuasa,Katanya mahu mengosongkan perut,mudah untuk dimandikan,......"

Nadia terdiam kaku.......

************************************
''Satu cincin ini aku pakai sbg tanda aku di risik oleh MAUT..dan satu lagi ini aku pakai sbg tanda aku sudah bertunag dengan MAUT....Dan aku sabar mennti tarikhnya dngn mndekatkan diri ku kpd Allah..Aku tahu mak akan tenang mghadapinya,bgnya anak adalah pinjaman dr ALLAH yg perlu dipulangkan apabila ALLLAH minta..."

***p/s:ini bukan cerita 'aku' tapi kisah kita...kullu nafsi za'iqatul maut...entah 'bila' kita kan dirai...entah bila 'dia' datang menyunting kita..kerana itu rahsia ALLAH..rahsia yg xpernah berhak untuk kita ketahuinya..

By-Editted From ILuvIslam-NurCahaya-

Monday, October 29, 2012

Aku Yakin Bernikah


Assalamualaikum.


Usai doa sudah dibacakan oleh pak Imam,masih lagi kedengaran suara teresak esak menahan tangisan.Beberapa hadirin masih lagi merah merah di mata.Masing masing menahan sebak yang tak dapat di elak.Semua hadirin datang mengucapkan salam perpisahan.Semua hadirin datang menjenguk tubuh yang sudah kaku sebelum datangnya malam pertama yang mengerikan.


Masing masing datang bersama Al Fatihah yang disedekahkan.Ahli keluarga tidak putus putus menerima email takziah dari teman teman.Cantik molek pakaian putih bersama telekung yang dipakaikan.Benar,pernikahan pasti akan dilalui oleh setiap insan.Malaikat Izrail akan datang menjemput tidak terlalu awal,tidak terlalu lewat seperti yang dijanjikan.


Pernikahan itu tidak pernah mengenal usia seseorang  insan.Memang benar,pernikahan itu sudah tertulis sejak kita di dalam kandungan.Saban hari kita sibuk melakukan kerja seharian.Sehingga kita lalai dalam mengingati kematian.Sebelum pernikahan datang menjemput kita,ayuh perbanyakkan amalan.Bersediakah kita menempuhi alam yang baru tanpa sebarang bekalan.Semoga hidup kita sentiasa di limpahi rahmat Tuhan.
Kullu nafsin zaa iqotul maut.

by:
Chan